OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 14 January 2013

Preview 10 edisi istimewa - DayangDeno

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kak Dayang Deno

Ini adalah blog review edisi istimewa buat seorang rakan blogger aku iaitu Kak Dayang Deno. Aku memang dah kenal lama dengan kak Dayang ini. Setiap update dia mesti aku follow. Tetapi apabila aku baca blog dia hari ini dengan teliti baru tahu. Laaa.. Dia ni lagi tua dari aku rupanya. Ingatkan lagi muda. Nampak macam tak percaya Kak Dayang ni sudah berumur 23 tahun. Patutlah ada blogger yang umur lebih kurang dengan aku sebut Kak Dayang sebelum ni. Hehe ^_^.

dayang deno

Sebenarnya saya (penggunaan saya untuk percakapan dengan kaum wanita dan orang yang lebih tua) tak sangka Kak Dayang sudi sertai blog review kali ini. Apabila Kak Dayang hantar detail yang saya perlukan itu menyebabkan saya terfikir untuk buat satu blog review yang istimewa khas buat kak. Ada sebab saya buat blog review istimewa ini, dan sebab musabat itu akan anda lihat apabila sudah berkenalan dengan Kak Dayang Deno. Jom kita kenal siapa Kak Dayang Deno ini..

Nama Penuh : Dayang Norhidayah bt Ngah
Nama Blog   : DayangDeno
Url Blog        : http://dayangdeno.blogspot.com/

Kak Dayang Deno adalah pesakit yang menghidapi SLE (Systemic Lupus Erythematosus) Lupus Nephritis ClassIV sejak dari tahun 1999. Masih dalam CAPD (peritoneal dialysis) dan masih bergantung pada ubat-ubatan. Cuba kita semua kira dah berapa tahun kak deno berjuang melawan sakit ini..... ! Ya. Betul kiraan korang tu!! Sudah 14 tahun kak deno melawan penyakit yang masih belum dijumpai penawarnya.

Masih ramai yang belum tahu apa itu SLE?? SLE ialah sejenis penyakit kronik auto imun iaitu anti bodi di dalam tubuh pesakit sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tetapi tiba-tiba berubah dengan menyerang sel badan atau organ manusia dan penyakit SLE ini sangat jarang dihidapi oleh orang ramai. SLE ini boleh menyerang organ-organ dalaman badan seperti buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, saluran darah, darah itu sendiri, dan jantung. Segala maklumat tentang penyakit SLE ini boleh didapati di sidebar blog Kak Dayang.

lupus

Dalam sakit-sakit pun kak dayang masih rajin berblog dan buat perkhidmatan tempahan doodle. Tempahan ini boleh dibuat melalui facebook Dayang Deno atau email ke [email protected] Inilah salah satu perkara yang membuatkan aku mengagumi semangat kak dayang. Walapun sakit, tetapi ianya tak menghalang kak dayang untuk memberikan ilmu berkaitan dengan penyakit SLE dan berkhidmat kepada masyarakat.

Ada satu entri yang aku sarankan korang baca. Apabila baca ini korang akan faham apa itu SLE dan perjalanan hidup kak Dayang selama 14 tahun ini melawan penyakit yang masih tiada penawarnya. Sila lah sediakan tisu bagi yang lembut hatinya.. Ok.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "setiap penyakit itu ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - hadis riwayat muslim

Terima kasih..salam pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...