OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 23 March 2013

Bersiar-siar Di Ibu Kota

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 Ibu Kota

Fuhh....! Penatnya nak taip entri untuk malam ini. Seharian aku berjalan-jalan dalam bandar yang sangat besar ini. Semuanya besar.. Bangunan besar, kereta besar.. Orang pun besar ( orang putih la ). Serba serbi besar.  Biasalah "rusa masuk kampung".. Ini kali pertama aku betul-betul bersiar-siar di kota raya Kuala Lumpur. * Sebelum ini lalu je.

Aku bertolak dari Melaka Sentral dan berhenti di TBS ( Terminal Bersepadu Selatan ). TBS ini wujud untuk memberikan keselesaan dan kemudahan untuk pengguna dan penumpang bas arah selatan. Selain itu, TBS juga wujud untuk mengurangkan kesesakan di terminal bas menjelang cuti-cuti umum di Malaysia. Dari sini, aku bertolak ke KL Sentral menggunakan KTM ( Kereta Api Tanah Melayu ).

Disini aku diajar menggunakan 3 jenis transit kenderaan yang ada di Kuala Lumpur iaitu, KTM, Monorail dan LRT. Untuk orang yang pertama kali menggunakan perkhidmatan kereta api seperti aku.. hehe, sudah pasti perasaan ingin tahu itu membuak-buak. Bagaimana rasanya naik kereta api dan bagaimana suasana di dalam kereta api itu?? Semua itu menjadi keseronokan buat aku apabila datang ke Kuala Lumpur.

Tujuan utama aku datang ke ibu kota ini bukan untuk melawat shopping complex, tetapi aku ingin melawat tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti KLCC, Tugu Negara, Tasik Titiwangsa, KL Tower, dan sebagainya. Dan itulah yang terjadi hari ini. Walaupun masih ada banyak tempat yang tak sempat dilawati tetapi pengalaman hari ini sudah cukup menyeronokan.

Terima kasih kepada seseorang itu yang mempunyai cukup banyak stamina untuk berjalan seharian dengan aku hari ini.. Terima kasih juga kerana mengajar ilmu baru dan menunjukkan ragam-ragam warga kota. Satu yang pasti.. Di Kuala Lumpur, ramai pelancong asing bertanyakan jalan. Hari ini saja dah 6, 7 orang yang bertanyakan jalan. Aku rasa kalau nak berlatih speaking dalam bahasa inggeris, disinilah tempat yang paling bagus. Satu hari je datang dah banyak itu kena speaking. Tapi dalam speaking itu, pastikan kamu tahu jalan yang betul.. Nantikan tak pasal-pasal orang sesat jalan..

Aku tak ambil sebarang gambar pada hari ini sebab rancang nak pergi untuk kali yang ke-2

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...